Mengurus dan menghantar Permohonan Pemajuan Tanah, Mineral dan Hasil Hutan yang dipohon oleh Syarikat Pemaju kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 60 hari bekerja (Permohonan mestilah lengkap dengan maklumat yang diperlukan).
Menyediakan surat tawaran, dokumen perjanjian, urusan pindahmilik dan perkara yang berkaitan dengan lengkap dalam tempoh 90 hari.
Menguruskan bersama dengan Jabatan/Agensi yang terlibat mengenai urusan permohonan tanah, pertindihan tanah atau pajakan tanah dalam tempoh 90 hari.
Semua tuntutan kewangan perlu dilampirkan dengan dokumen sokongan yang asal dan pembayaran dibuat dalam tempoh 14 hari setelah pengesahan diterima Bahagian Kewangan.
Resit dikeluarkan setiap kali pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja.
Borang Permohonan Pencalonan Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan mestilah diisi dan dilengkapi dengan perakuan bersumpah calon dan perlu dikembalikan kepada Perbadanan dalam tempoh tidak lewat dari 30 hari.
Aduan Awam akan diproses dan akan dimaklumkan kepada pengadu dalam tempoh 5 hari bekerja.
Sistem e-aduan akan dijawap dalam tempoh 5 hari bekerja.
Laman Web Rasmi Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan diskemaskini setiap 3 bulan.