16 Jun 2025 – Majlis Pembahagian Dividen Peringkat ke-67 dan Ceramah Berkelompok Kumpulan Peneguhan Jatidiri (KPJ) Peserta Program Ladang Rakyat Negeri Kelantan bagi Parlimen Bachok yang melibatkan DUN Jelawat, DUN Pantai Irama & DUN Tawang yang diadakan di Masjid Darul Tarbiah Wakaf Zain.
Majlis dihadiri oleh YB Ustaz Harun Ismail dari ADUN Tawang dan ADUN Pantai Irama iaitu YB Hj. Mohd Huzaimy bin Che Husin tempoh bayaran dividen pada kali ini adalah bagi bulan Januari – Jun 2025 dimana jumlah keseluruhan RM360,000.00.
Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat












