Wed, 11 February 2026

INFO KORPORAT > MENGENAI KAMI > PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

YABRS DR HAJI MOHD ARPI BIN ARIFIN

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Semenjak tertubuhnya Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK), Sektor pertanian dan Perladangan di Negeri Kelantan kini mendapat nafas baharu.

Berasaskan konsep pertanian Islam yang menganjurkan setiap tanah atau ladang hendaklah dikongsi bersama dan hasilnya bagi mereka yang memerlukan terutamanya golongan miskin. PPLRNK tidak ketinggalan mempraktikkan konsep ini dalam aktiviti pembangunan pertanian dan perladangan di ladang-ladang milik PPLRNK demi menjaga kebajikan para peserta Ladang Rakyat.

Di PPLRNK, bukanlah pertanian semata-mata yang ditumpukan oleh pihak pengurusan, aspek kebajikan kepada rakyat juga tetap menjadi menjadi keutamaan. Sehingga Disember 2024 (peringkat 66), sejumlah RM4,848,000.00 hasil pertanian dan perladangan di salurkan kepada orang-orang miskin di Kelantan sebagai sumbangan dalam menjaga kebajikan rakyat dan ianya masih belum dilaksanakan sebelum ini di Negeri Kelantan.


Di samping itu juga, pihak pengurusan PPLRNK tidak hanya menumpukan pertanian dan perladangan semata-mata, namun aspek kebajikan kepada rakyat adalah menjadi keutamaan. Sehingga Julai 2024 (peringkat 1 hingga 65) sejumlah RM188,223,350.00 telah disalurkan kepada orang-orang miskin yang merupakan peserta ladang rakyat, melalui Program Peserta Ladang Rakyat.


Jumlah ini merupakan jumlah agihan sumbangan semenjak 10 tahun penubuhan PPLRNK di mana sumber sumbangan ini diperolehi daripada pengurusan sektor pertanian dan perladangan. Kekayaan hasil bumi di Kelantan dikongsi bersama untuk turut dirasai oleh rakyat Kelantan melalui konsep pembangunan tanah yang diperkenalkan oleh PPLRNK.


Walaupun sektor perladangan menghadapi pelbagai dan rintangan, Ladang Rakyat terus mengorak langkah meningkatkan usaha aktiviti perladangan sawit bagi menjana hasil pendapatannya sendiri daripada pemajuan ladang-ladang sawit di seluruh Negeri Kelantan yang terletak beberapa jajahan termasuklah di Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah. PPLRNK terus mendokong matlamat Kerajaan Negeri sebagai ‘Negeri Berkebajikan’ yang menjadi dasar Kerajaan Negeri Kelantan.

PPLRNK juga terus berusaha untuk meningkatkan lagi sumber hasil pendapatan dengan terus meneroka peluang-peluang baharu untuk melaksanakan projek-projek pembangunan lain seperti perlombongan mineral dan pelaburan hartanah dan lain-lain. Kawasan-kawasan yang berpotensi sedang dikenalpasti bagi memastikan projek ini dapat dijayakan dan memberi hasil yang tinggi kepada PPLRNK pada masa untuk disalurkan kepada orang-orang miskin dan sebelum ini. Allahu’alam.