Wed, 11 February 2026

INFO KORPORAT > MENGENAI KAMI > SEJARAH PENUBUHAN

SEJARAH PENUBUHAN

Program Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dilancar dan disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar pada 26 Januari 2006. Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan telah ditubuhkan melalui Enakmen No.2 Tahun 2006 setelah diluluskan oleh Dewan Negeri pada 20hb. dan 21hb. Februari 2006.
Dikenali sebagai Unit Khas Ladang Rakyat pada 01 Januari 2006 dengan seorang Pengurus tanpa kakitangan sokongan.

Pejabat Awal Penubuhan

Awal Penubuhan pada tahun 2006, Pejabat Perbadanan di JKR 273-N, Jalan Raja Dewa, Kota Bharu

Kini, pada 1 Januari 2009 pejabat Perbadanan telah dapat memiliki bangunan tiga tingkat sendiri bernilai lebih RM1 juta bertempat di Zon Komersial Wakaf Che Yeh, Kota Bharu dengan tenaga sumber manusia seramai 26 orang.

Pejabat Lama

Pejabat Perbadanan di Bangunan Ladang Rakyat, Zon Komersial Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

Selari dengan peredaran zaman dan keperluan semasa, PPLRNK telah berpindah ke bangunan baharu yang dikenali sebagai WISMA LADANG RAKYAT beralamat di Jalan Tunjong - Pasir Mas, Bandar Baru Tunjong 15100 Kota Bharu, Kelantan.

Pejabat Terkini

Pejabat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan bertempat Wisma Ladang Rakyat, Jalan Tunjong - Pasir Mas, Bandar Baru Tunjong, 15100 Kota Bharu, Kelantan