Wed, 11 February 2026

AKTIVITI UTAMA > PROGRAM KEBAJIKAN

PROGRAM KEBAJIKAN

PROGRAM KUMPULAN PENEGUHAN JATIDIRI PESERTA LADANG RAKYAT

Program Kumpulan Peneguhan Jatidiri Peserta dilancarkan pada bulan Disember 2006 Bertujuan membina jatidiri Peserta Ladang Rakyat dengan menjadualkan sesi-sesi ceramah wajib secara bulanan kepada Peserta bagi mendidik dan memberi kekuatan kepada Peserta agar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan dalam segenap pengertiannya iaitu kemiskinan material, kemiskinan intelektual dan kemiskinan spiritual. Perbadanan telah menerbitkan 5 buah Siri Manual Peneguhan Jatidiri.

Siri 1: Modul Pengukuhan Dalaman

Siri 2 : Modul Persediaan Amali

Siri 3 : Modul Kecemerlangan Diri

Siri 4 : Modul Kesempurnaan Diri

Siri 5 : Modul Kecemerlangan Keluarga & Masyarakat

Sehingga tahun 2024, program ceramah Peneguhan Jatidiri telah dilaksanakan sebanyak 109 sesi dan diteruskan dengan menggunakan Modul Tafakkuh Fiddin.

PROGRAM KEBAJIKAN PESERTA LADANG RAKYAT

Tabung Tindakan Kebajikan Peserta Ladang Rakyat ditubuhkan di setiap DUN dan hasil daripada pengurusan Tabung ini, telah banyak program dianjurkan oleh Peserta Ladang Rakyat yang dibiayai oleh Tabung ini seperti gotong-royong membina semula rumah yang ditimpa bencana alam, membersihkan tanah perkuburan, masjid dan tempat-tempat awam, program derma darah dan seumpamanya.