Tue, 03 November 2026

Audit Pensijilan Semula Pelaksanaan Prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah, dan Itqan (UMI) di Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan pada 2 November 2026.

Pasukan Panel Audit UMI terdiri daripada enam orang panel audit yang diketuai oleh YBrs. Ustaz Abdul Rahman bin Mat Sulaiman iaitu Penolong Pengarah (Operasi) Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, JAHEAIK.

Panel audit juga dari pegawai-pegawai JAHEAIK, Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.

Sesi Pembukaan telah dipengerusikan oleh YABrs. Encik Mohd Azman bin Ghazali, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Pengauditan UMI di Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan.

Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat