30 November 2024 bersamaan 28 Jamadil Awal 1446H
Musim tengkujuh sering kali membawa cabaran besar kepada rakyat di Negeri Kelantan. Setiap tahun, hujan lebat mengakibatkan banjir yang memusnahkan kediaman, harta benda, dan infrastruktur. Pada tahun ini, bencana banjir telah menjejaskan ribuan penduduk yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Ketua Pegawai Operasi Perbadanan, YABrs. Dr. Haji Mohd Arpi bin Arifin turut turun padang dalam menyantuni & memberi sokongan moral serta bantuan wang tunai dan sumbangan air mineral kepada Pegawai Khas YB Dato’ Dr. Haji Izani bin Husin (DUN KIJANG) iaitu Encik Mohamed Taufiq bin Ramli bagi meringankan beban mangsa banjir.
Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat





