KUNJUNGAN HORMAT KOPERASI HADHARAH UNGGUL KELANTAN BERHAD (KHUB) KE PERBADANAN LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN

7 Julai 2026 bersamaan 21 Muharam 1448

Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PLRNK) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Hadharah Unggul Kelantan Berhad (KHUB) yang diketuai oleh YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan di Aras 3, Wisma Ladang Rakyat.

Turut hadir memeriahkan sesi kunjungan ini ialah Ahli Lembaga Perbadanan, YB Hilmi bin Abdullah, YB Mohammad Nasriff bin Daud @ Daud Yatimee, dan YBrs. Mohd Tarmizi bin Abd Rahman.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua organisasi serta membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan industri penternakan ayam moden di Negeri Kelantan.

KHUB kini sedang melaksanakan K Smart Farm Demonstration Project di Jedok, Tanah Merah, Kelantan, iaitu sebuah projek pertanian pintar hasil usahasama dengan Welmetra Kokofarm Co. Ltd. dari Korea. Projek ini memperkenalkan konsep Smart Farm yang mengintegrasikan teknologi automasi, sistem pengudaraan pintar, sistem bekalan air, sistem elektrik dan peralatan penternakan berteknologi tinggi bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi serta daya saing industri penternakan.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dalam memacu pembangunan sektor agromakanan dan penternakan moden demi kemajuan ekonomi Negeri Kelantan.

Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat