4 Ogos 2025 bersamaan 10 Safar 1447
Pada 3 Ogos 2025 Perbadanan telah menganjurkan Kursus Fotografi dan Penyediaan Kandungan (Content) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Perbadanan. Ceramah ini telah disampaikan oleh En. Azmihan bin Haji Muhammad, seorang fotografi berpengalaman dengan menggunakan telefon pintar.
Dalam ceramah ini, beliau telah berkongsi pelbagai teknik asas dan lanjutan untuk menghasilkan gambar yang berkualiti menggunakan telefon pintar. Antara intipati utama ceramah termasuk:
1. Asas komposisi gambar seperti “Rule of Thirds”, “Leading Lines”, “Framing Your Subject”, Simetri dan Corak.
2. Teknik penggunaan cahaya semula jadi untuk hasil gambar yang lebih jelas dan menarik.
3. Pemahaman fungsi kamera telefon pintar, termasuk fokus, “exposure”, dan grid.
4. Penggunaan aplikasi penyuntingan mudah alih untuk memperbaiki warna, kontras dan ketajaman gambar.
5. Tips praktikal seperti kestabilan tangan, penggunaan aksesori tripod, dan latar belakang yang sesuai.
Selain sesi ceramah, satu sesi praktikal turut diadakan di mana para peserta diberi peluang untuk mencuba sendiri teknik-teknik yang telah dipelajari. Mereka mengambil gambar di sekitar kawasan pejabat menggunakan telefon pintar masing-masing sambil menerima tunjuk ajar secara langsung daripada penceramah. Sesi ini telah memberikan pengalaman hands-on yang sangat berguna serta membantu peserta memahami dengan lebih mendalam teknik yang dikongsi.
Ceramah ini sangat bermanfaat dalam meningkatkan kemahiran fotografi harian dan juga untuk kegunaan profesional. Para peserta menunjukkan minat yang tinggi dan memberi maklum balas positif terhadap sesi yang interaktif dan informatif ini.
Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat








