Tanggal 15 Februari 2025 bersamaan 16 Syaaban 1446H, Perbadanan dijemput oleh Jawatankuasa Peserta Peserta Program Ladang Rakyat berkelompok Pos Brooke ke Majlis Dialog & Penyampaian Taklimat Borang Penamaan Pemilik Tanah di Pos Brooke bertempat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan.
Seisi ucapan yang disampaikan oleh YABrs. Dr. Haji Mohd Arpi bin Arifin, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan menekankan kepentingan penamaan dibuat untuk memudahkan urusan-urusan bayaran kepada penama-penama yang dilantik untuk diagihkan kepada waris-waris yang berhak mengikut undang-undang Islam. Ketua Pegawai Operasi juga turut memberikan pandangan berkenaan implikasi sekiranya penamaan tidak dibuat. Jumlah Wang Tidak Dituntut (WTD) sebanyak 12.8 billion adalah suatu jumlah yang besar dan merugikan jika dilihat dari sudut pandang pusingan ekonomi keluarga.
Mantan YB Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad Yakob turut juga dijemput dan menyampaikan sedikit ucapan Penutup berkenaan isu-isu semasa yang berlaku di Kelantan.












