14 Jun 2026 – Ceramah Integriti Pemacu Kelestarian Urus Tadbir Organisasi disampaikan oleh PsK Puan Wan Siti Junaida binti Ismail dari Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Kelantan (SPRM) dan diikuti dengan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai Encik Mohd Firdaus bin Amran, Pegawai Audit & Integriti Perbadanan dan semua warga kerja Perbadanan. YABrs. Dr. Haji Mohd Arpi bin Arifin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan dan PsK Puan Wan Siti Junaida binti Ismail dari SPRM telah menandatangani IBR yang di saksikan oleh YABrs. Encik Nik Khairul Anuar bin Nik Yusoff, Pengarah Bahagian Integriti & Tadbir Urus (BITU-SUK) yang telah berlangsung di Dewan Meranti, Wisma Ladang Rakyat.
Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat

