18 Jun 2025 – Majlis Pembahagian Dividen Peringkat ke-67 dan Ceramah Berkelompok Kumpulan Peneguhan Jatidiri (KPJ) Peserta Program Ladang Rakyat Negeri Kelantan bagi Parlimen Machang yang melibatkan DUN Kemuning, DUN Temangan & DUN Pulai Chondong yang diadakan di Dewan Dato’ Hassan, Batu 30, Temangan.
Majlis dihadiri oleh YB Ahmad Zakhran bin Mat Noor dari ADUN Kemuning dan ADUN Pulai Chondong iaitu YB Ustaz Hj. Azhar bin Salleh tempoh bayaran dividen pada kali ini adalah bagi bulan Januari – Jun 2025 dimana jumlah keseluruhan RM360,000.00.
Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat











