Sat, 17 January 2026

Majlis Pembahagian Dividen Peringkat ke-67 dan Ceramah Berkelompok Kumpulan Peneguhan Jatidiri (KPJ) bagi Parlimen Pengkalan Chepa yang melibatkan DUN Chempaka, DUN Kijang & DUN Panchor

15 Jun 2025 – Majlis Pembahagian Dividen Peringkat ke-67 dan Ceramah Berkelompok Kumpulan Peneguhan Jatidiri (KPJ) Peserta Program Ladang Rakyat Negeri Kelantan bagi Parlimen Pengkalan Chepa yang melibatkan DUN Chempaka, DUN Kijang & DUN Panchor yang diadakan di Dewan Kompleks, PURNAMA Pengkalan Chepa. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Nik Bahrum Nik Abdullah selaku ADUN Chempaka. Tempoh bayaran dividen pada kali ini adalah bagi bulan Januari – Jun 2025 dimana jumlah keseluruhan RM360,000.00. YB ADUN turut menyampaikan Khairat Kematian Peserta Ladang Rakyat bagi arwah (Wan Seman bin Wan Mahmood) kepada anaknya yang berjumlah RM1,000.

Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat