Sat, 17 January 2026

Majlis penyerahan mock cheque & slip pembahagian dividen Peserta Ladang Rakyat ke 69

18 Disember 2025 bersamaan 27 Jamadil akhir 1447

Majlis penyerahan mock cheque & slip pembahagian dividen Peserta Ladang Rakyat ke 69. Pembahagian dividen adalah bagi 3 bulan terkini iaitu bagi bulan Oktober sehingga Disember 2025 dengan jumlah dividen sebanyak RM 2,913,600.00.

Majlis ini turut disempurnakan oleh YAB. Dato Panglima Perang Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan. Antara amanat-amanat beliau adalah supaya menitikberatkan dan menyeimbangkan di antara keperluan duniawi dan juga ukhrawi sebagai contoh, menerima dividen setiap bulan dan pada masa juga sentiasa mengikuti setiap program-program keagamaan yang dianjurkan.

Perbadanan juga telah memperkenalkan dua anugerah iaitu Tabung Kebajikan Peserta Paling Aktif 2025 dan juga Pengerusi Tabung Kebajikan Peserta Terbaik 2025.

Majlis turut juga diserikan oleh sumbangan sebanyak RM10,000 dana zakat golongan asnaf daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad yang disampaikan oleh Pengurus Besar Wilayah Pantai Timur Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat