17 September 2025 bersamaan 24 Rabiul Awal 1447H
Majlis Solat Hajat & Mesyuarat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan Bil. 3 Tahun 2025.
Majlis Solat Hajat yang penuh keberkatan bertempat di Wisma Ladang Rakyat. Majlis ini telah di Imamkan oleh YAB Dato’ Panglima Perang, Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud selaku Menteri Besar Kelantan bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan serta kelancaran urusan pentadbiran di Wisma Ladang Rakyat Negeri Kelantan.
Sejurus selepas solat hajat telah diadakan Mesyuarat Perbadanan Bil. 3 Tahun 2025, yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Panglima Perang, Menteri Besar Kelantan serta turut hadir Anggota Lembaga Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan yang lain.
Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat







