28 Mei 2025 bersamaan 30 Zulkaedah 1446H
Mesyuarat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan Bil. 2 Tahun 2025 telah bersidang di Bilik Mesyuarat, Pejabat Menteri Besar Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Panglima Perang, Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan dengan dihadiri oleh Anggota Lembaga Perbadanan seramai 9 orang.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diantara Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dengan Bank Islam Malaysia Berhad.
MoU ini dimeterai sempena pembukaan akaun Amanah Peserta Ladang Rakyat seramai hampir 5000 orang di seluruh Negeri.
Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat











