Wed, 11 February 2026

Pengurniaan Pingat Taat (P.T.) kepada Puan Farizan bt Ahmad Nazir (Pembantu Setiausaha Pejabat) bersempena dengan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-56.

21 Januari 2026 bersamaan 2 Syaaban 1447H – Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Farizan bt Ahmad Nazir (Pembantu Setiausaha Pejabat) di atas pengurniaan Pingat Taat (P.T.) bersempena dengan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-56.

Penganugerahan pingat ini merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan di atas jasa serta bakti yang disumbangkan kepada Perbadanan dan Kerajaan Negeri Kelantan. Semoga pengurniaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.

Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat