Sat, 17 January 2026

Program Pengukuhan Pasukan Kerja (Team Building) Perbadanan telah diadakan pada setiap tahun semenjak tahun 2015

10 November 2024 bersamaan 8 Jamadil Awal 1446H

Program Pengukuhan Pasukan Kerja (Team Building) Perbadanan telah diadakan pada setiap tahun semenjak tahun 2015.

Pada tahun 2024, program ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam bermula pada 7 dan 8 November 2024 bertempat di Amverton Cove Golf & Islands Resort, Pulau Carey, Selangor dengan kerjasama syarikat konsultan iaitu FM Trade Venture.

Pada versi kali ini, warga Perbadanan sekali lagi diuji dengan aktiviti berbentuk indoor & outdoor seperti : Game Kata-Kata Unggul, Wood Block, Jambatan Gantung, Battle Ship dan pada sebelah petang pula Flying Fox, Archery, Game Muzik & Emosi dan Muzik dalam Perkerjaan.

Objektif aktiviti ini adalah untuk menyuntik semangat kerja berpasukan, fokus, sabar serta meningkatkan tahap persaingan secara sihat selain dapat menguji kekuatan fizikal, spiritual dan mental.

Oleh itu, Perbadanan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan perunding amnya, khususnya kepada Encik Aris Abdul Rahman selaku fasilitator serta pengurusan Amverton Cove Golf & Island Resort, pihak pengurusan Perbadanan & seluruh warga kerja Perbadanan. Anda semua hebat!

Ladang Rakyat Kelantan-Mengurus Amanah Rakyat