Majlis Pembahagian Dividen Peringkat ke 70

18 Mei 2026 bersamaan 1 Zulhijjah 1447

Majlis penyerahan Mock Cheque Bersempena Pembahagian Dividen Peringkat ke 70. Pembahagian dividen adalah bagi 4 bulan terkini iaitu bagi bulan Januari sehingga April 2026 dengan jumlah dividen sebanyak RM 3,935,200.00 yang melibatkan seramai 4919 peserta dan 271 orang adalah terdiri daripada kaum orang asli yang telah disempurnakan oleh YAB. Ustaz Dato Panglima Perang Menteri Besar Kelantan.

YB Mohamad Nasriff bin Daud selaku Pengerusi Syarikat Ladang Rakyat Project Management Sdn Bhd (LRPMSB) telah menyerahkan kunci van kepada YAB. Ustaz Dato Panglima Perang Menteri Besar Kelantan selaku Pengerusi Perbadanan.

Mesyuarat Perbadanan Bil.1 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YAB. Ustaz Dato Panglima Perang Menteri Besar Kelantan serta turut hadir Anggota Lembaga Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan yang lain.

Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat