Sat, 17 January 2026

Amanat Tahun Baharu 2025 oleh Ketua Pegawai Operasi Perbadanan (KPO)

5 Januari 2025 bersamaan 5 Rejab 1446H

Amanat Tahun Baharu 2025 oleh Ketua Pegawai Operasi Perbadanan (KPO) iaitu YABrs. Dr. Hj. Mohd Arpi bin Arifin, menerusi amanat KPO, bahawa seseorang pegawai di semua peringkat perlu muhasabah diri, merenung diri dan perlu memperkasakan diri dari segi kerohanian, jati diri, serta kecekapan dalam semua urusan dan tugasan yang diamanahkan.

KPO juga berpesan supaya menanam azam dan cita-cita yang tinggi berbanding tahun 2024. Antara amanat KPO lagi, kita perlulah seia sekata baik dari segi matlamatnya, perbuatannya, fikirannya di dalam mendepani arus pada tahun 2025.

KPO juga di dalam amanat beliau memohon supaya terus maju jaya dan menjadi satu agensi yang di segani dalam erti kata duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi sebaris dengan agensi-agensi lain.

“Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat”