Sat, 17 January 2026

Kejohanan Bowling Tertutup Kelab KELADAR 2025

5 Januari 2025 bersamaan 5 Rejab 1446H

Pada 2 Januari 2025 telah berlangsung Kejohanan Bowling Tertutup Kelab KELADAR 2025 yang telah di adakan di Lite SuperBowl, Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.

Aktiviti Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) telah pun melabuhkan tirainya bagi tahun 2024 menerusi pertandingan Bowling di bawah kelolaan KELADAR.

Bahagian Pengurusan Korporat & Teknologi Maklumat mewakili pihak Pengurusan PPLRNK mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala usaha dan komitmen para pegawai PPLRNK. Semoga tahun 2025 semua warga Perbadanan diharapkan dapat bergerak dengan satu fikiran satu matlamat di dalam mendepani arus perdana yang semakin mencabar.

Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat