10 April 2025 bersamaan 11 Syawal 1446H
Satu kunjungan hormat ke Pejabat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal oleh Pihak Pengurusan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan pada 07hb April 2025. Kunjungan Hormat telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan YABrs. Dr. Haji Mohd Arpi bin Arifin bersama-sama Ketua-ketua Bahagian.
Sekalung tahniah diucapkan kepada beliau di atas perlantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Kelantan. YBM Dato’ Dr Tengku memberikan amanat supaya dividen dapat diagihkan dengan baik kepada Peserta-peserta Ladang Rakyat yang layak.
Perbadanan amat mengharapkan sokongan beliau agar Perbadanan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, sebaris dengan Agensi – agensi Kerajaan Negeri yang lain.




