17 April 2025 bersamaan 18 Syawal 1446
Tanggal 16 April 2025 bersamaan 17 syawal 1446, Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Perbadanan telah diadakan di Tunjong Dirgahayu Event & Hall, Bandar Baru Tunjong yang telah dihadiri oleh Pengerusi & Timbalan Pengerusi Perbadanan serta dif-dif kehormat yang lain.
Ketika majlis berlangsung, YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan selaku Pengerusi Perbadanan turut menyampaikan Replika Cheque sumbangan sebanyak RM50,000.00 kepada anak-anak pelajar Kelantan di Mesir manakala replika cheque Khairat Kematian peserta Ladang Rakyat berjumlah RM1000.00 disampaikan oleh YB ADUN Tanjong Mas atau lebih mesra dikenali Kak Ani.
Ketua Pegawai Eksekutif mewakili pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada jabatan-jabatan Kerajaan Negeri, Government Link Company, Badan-badan NGO diatas sokongan dan kepercayaan yang diberikan terhadap Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan. Mudah-mudahan tetap kekal revelan pada masa kini dan juga masa-masa akan datang.
Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat





















