Sat, 17 January 2026

Program Penyerahan Sumbangan Kepada Pelajar Mesir dan Program Umrah & Ziarah Anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Perbadanan

Pihak pengurusan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan telah mengadakan Program Penyerahan Sumbangan Tabung Dakwah Islamiah kepada pelajar Mesir sebagai salah satu daripada tanggungjawab sosial dalam membantu para pelajar menjalankan aktiviti dan program bersama pelajar-pelajar menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir. Rombongan terdiri daripada 21 orang pegawai dan kakitangan Perbadanan dan seorang Ahli Lembaga Pengarah, YBrs En. Mohd Tarmizi bin Abd Rahman.

Perjalanan bermula dengan memasuki Madinah al-Munawwarah pada 18 April 2025 dan menziarahi kawasan sekitar Masjid Nabawi iaitu Masjid Abi Bakr Al-Siddiq, Masjid Al- Mussalla (Al-Ghamamah), Masjid Saidina Ali bin Ali Talib, Kubur Baqi’ dan beberapa lagi tempat-tempat bersejarah.

Pada 24 April 2025 perjalanan ke Mekah al-Mukarramah untuk mengerjakan Umrah. Selain melakukan Umrah & Tawaf sunat, para delegasi juga berpeluang melakukan ziarah di beberapa tempat.

Delegasi Perbadanan meneruskan kunjungan ke Kaherah, Mesir bagi menyantuni pelajar-pelajar Kelantan yang sedang menuntut di Universiti Al-Azhar dan turut menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Dalam masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan, YABrs Dr. Haji Mohd Arpi bin Arifin telah berpeluang berkongsi ilmu serta memberikan kata-kata semangat dalam Program Ceramah Motivasi Peperiksaan dan Ttemu Mato Bersama Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM).

LADANG RAKYAT KELANTAN – MENGURUS AMANAH RAKYAT