Sat, 17 January 2026

Kunjungan hormat Perbadanan ke pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan (PTG)

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada YABrs. Tuan Haji Nik Raisnan bin Haji Daud di atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Tanah & Galian Negeri Kelantan (PTG) yang baharu dan secara tidak langsung bertindak sebagai Ahli Lembaga Perbadanan. Kunjungan hormat Perbadanan ke pejabat PTG pada 20 Mei 2025 yang di ketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YABrs. Dr. Haji Mohd Arpi bin Arifin dengan diiringi oleh Ketua-ketua Bahagian Perbadanan.

Pelantikan beliau disifatkan suatu langkah yang tepat khususnya dalam membantu Perbadanan dalam urusan berkenaan tanah dan ladang yang dimajukan oleh Perbadanan.

Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat