28 Muharam 1446H bersamaan 1 Ogos 2024M
Majlis Pembahagian Dividen Peringkat ke-65 Peserta Ladang Rakyat & Peserta Orang Asli bagi Parlimen Gua Musang dan Kuala Krai telah berlangsung pada 1 Ogos 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd, Gua Musang.
YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan berbesar hati menyampaikan Amanat kepada semua peserta Ladang Rakyat. YAB Ustaz Dato’ juga turut menyampaikan dividen berupa “Mock Cheque” kepada wakil-wakil DUN. Pembayaran dividen untuk peringkat ke 65 adalah bagi tempoh 4 bulan (April – Julai 2024).
Majlis turut dihadiri oleh YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan, Ahli Lembaga Perbadanan, YB ADUN serta kehadiran lebih kurang 1000 orang.
Ladang Rakyat Kelantan- Mengurus Amanah Rakyat




















