16 Jun 2025 – Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) mengorak langkah ke arah pengurusan ladang yang lebih mampan apabila berjaya mengadakan perbincangan dengan pihak RISDA dalam usaha penglibatan projek ladang kelapa sawit seluas 11,000 ekar di Pos Pasek. Perbincangan tersebut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi RISDA Holding Sdn Bhd bersama-sama Pengarah RISDA Negeri Kelantan serta Timbalan Pengarah Bahagian Pelaburan & Pembangunan Syarikat dan beberapa pegawai RISDA.
Sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke 15, sasaran RISDA sehingga tahun 2030 dalam mengeluarkan hasil sebanyak 1 Juta Tan Metrik setahun, RISDA menunjukkan minat berkenaan pelaburan tanah-tanah di Negeri Kelantan khususnya di dalam tanaman seperti sawit dan juga tanaman getah.
Pihak PPLRNK berharap agar kelobarasi bersama RISDA Holdings Sdn. Bhd. adalah berpanjangan dan dapat memberi manfaat, memudahkan serta meningkat kecekapan pengurusan ladang-ladang dan dapat membantu ekonomi penduduk setempat.
Ladang Rakyat Kelantan – Mengurus Amanah Rakyat











